Jumaat, 13 Mac 2009

MENUNTUT ILMU KERANA???

Barangsiapa Menuntut Ilmu Kerana Empat Perkara, Ia Akan Dimasukkan Ke Dalam Neraka:-


Untuk Berbahas Dengan Para Ulama’
Untuk Memperlekehkan Orang Bodoh
Untuk Mendapat Harta
Supaya Manusia Memandang Mulia Kepadanya

P/S:- Pesanan dituju khas wat diri kami & juga wat para pembaca...Sama-samalah kita sentiasa memperbetolkan niat kt semasa menuntut ilmu..


Khamis, 12 Mac 2009

MaRi BeRsAmA2 MeNgAmBiL IktIbAr...

SABAR
"Mereka itu diberi pahala dua kali kerana kesabarannya dan mereka menolak kejahatan dengan berbuat kebaikan, sedang mereka menafkahkan sebahagian rezeki yang ami berikan kepada mereka." (Surah Al-Qasas:54)
"Jika ada di antara kamu seratus orang yang sabar, mereka dapat mengalahkan dua ratus orang kafir dan jika di antara kamu seribu orang, dapat mengalahkan dua ribu orang dengan izin Allah. Allah beserta dengan orang-orang yang sabar." (Surah Al-Anfal:66)

DERHAKA
"Kemudian kami tarik tiap-tiap golongan siapa di antara meereka yang amat derhaka kepada yang Maha Pengasih. Kemudian Kami lebih mengettahui mereka yang lebih berhak masuk neraka." (Surah Maryam:60-70)
"Tidak ada bagi lelaki mukmin dan wanita mukminah memilih dalam urusan mereka, bila Allah dan rasul-Nya telah memutuskan urusan itu. Barang siapa yang menderhakai Allah dan rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang nyata." (Surah Al-Ahzab:36)

MENGUMPAT

"Hai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan buruk sangka (sesama Muslim) kerana sebahagian buruk sangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari aib dan janganlah pula sebahagian kamu mengumpat yang lain. Sukakah salah seorang kamu, bahawa ia memakan daging saudaranya yang telah mati? Maka tentu kamu benci memakannya. Takutlah kamu kepada Allah. Sesungguhnya Allah penerima taubat lagi Maha Penyayang."(Surah Al-Hujurat:12)
"Orang-orang yang menyakiti mukmin lelaki dan wanita dengan sesuatu yang tidak diperbuatnya, maka sesungguhnya mereka telah memikul kebohongan dan dosa yang nyata."(Surah Al-Ahzab:58)